Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Tuesday, February 16, 2016

Pendaftaran Untuk Pengambilan Pertama Bagi Sesi Febuari 2016 Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art

Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art Puchong, 15 Febuari 2016 - Alhamdulillah, selesailah pendaftaran untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016 bertempat di Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dengan kehadiran pemohon yang telah mendaftarkan diri seramai lebih kurang 20 Pelajar yang meliputi 3 bidang yang telah disediakan iaitu Kulinari, Bakeri dan juga Pastri

Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat kepada En Ridwan sepanjang tempoh permohonan untuk kemasukkan ke Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dibuka untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016.

Kerjasama antara Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art bersama En Ridwan baru sahaja dijalinankan untuk membantu para pelajar yg ketinggalan akademik dalam menentukan masa depan mereka dengan lebih cerah. Hasil perbincangan kerjasama yg dibincangkan, En Ridwan dan pihak Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art telah bersetuju menurunkan kadar yuran pendaftaran daripada kadar yang agak tinggi kepada rm800 sahaja. Hasil perbincangan kerjasama juga, yuran asrama serta pengangkutan juga telah diturunkan seperti yang telah dipersetujui. Selain itu, perkara berkaitan hal ehwal dan kebajikan pelajar juga turut dibincangkan.

Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016 ini, maka akan bermulalah sesix pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.




No comments:

Post a Comment