Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat pada pengambilan pertama bagi sesi Januari 2016.
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Negeri Chedang Campus dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan kedua bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.




No comments:
Post a Comment