Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat kepada En Ridwan sepanjang tempoh permohonan untuk kemasukkan ke Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dibuka untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016.
Kerjasama antara Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art bersama En Ridwan baru sahaja dijalinankan untuk membantu para pelajar yg ketinggalan akademik dalam menentukan masa depan mereka dengan lebih cerah. Hasil perbincangan kerjasama yg dibincangkan, En Ridwan dan pihak Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art telah bersetuju menurunkan kadar yuran pendaftaran daripada kadar yang agak tinggi kepada rm800 sahaja. Hasil perbincangan kerjasama juga, yuran asrama serta pengangkutan juga telah diturunkan seperti yang telah dipersetujui. Selain itu, perkara berkaitan hal ehwal dan kebajikan pelajar juga turut dibincangkan.
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016 ini, maka akan bermulalah sesix pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.




No comments:
Post a Comment