Seramai lebih kurang 30 pelajar yang mendaftarkan diri ini telah dibantu dari segi pengurangan yuran pendaftaran daripada RM800 kepada RM500 sahaja dimana mereka tidak perlu membayar deposit asrama kerana telah diberi jaminan oleh pihak kami kepada pihak pengurusan kolej Mighty Skill dan mereka hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500 sahaja
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Mighty Skill dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran kedua bagi sesi febuari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.




No comments:
Post a Comment