Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin menempatkan seramai lebih kurang 1560 orang pelajar meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Tingkatan 6. Merupakan sebuah sekolah kawalan untuk program Hoki dan Pasta. Terdapat juga asrama harian untuk pelajar- pelajar yang terpilih.
Turut serta di dalam taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin 2 orang staf dari Institut Kemahiran Uni CETE iaitu seorang staf dari Jahitan dan juga seorang staf Automotif. Beberapa orang pelajar juga turut dibawa dimana 2 orang pelajar mewakili pelajar Jahitan dan 2 orang pelajar mewakili pelajar Automotif. Salah seorang pelajar yang dibawa merupakan seorang bekas pelajar Matrikulasi dalam bidang Sains Tulen dan pernah mendapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik Perniagaan, Pelajar tersebut bernama Siti Aishah Bt Mat Rusdi telah memilih bidang kemahiran didalam pengkhususan Jahitan kerana minat yang mendalam selain daripada tahu bahawa bidang bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia ini mempunyai masa depan yang amat cerah.

(SITI AISHAH BT MAT RUSDI)
Alhamdulillah, taklimat berakhir dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Para pelajar, Staf-staf daripada Institut Kemahiran Uni CETE dan Pelajar-pelajar yang mewakili pelajar Jahitan dan Automotif. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para pelajar dalam menentukan kejayaan masa depan mereka.






No comments:
Post a Comment