Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Tuesday, July 28, 2015

Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Assalamualaikum WBT...

Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah satu flatform ( ruang ) bagi golongan muda yang ketinggalan pelajaran seawal umur 16 tahun sehingga 35 tahun. Mereka di beri peluang untuk membina kerjaya di dalam dunia kemahiran. Golongan ini akan dilatih oleh golongan yang profesional @ Tenaga Pengajar yang mahir di dalam bidang kemahiran yang tertentu. Di bawah program ini, Pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan kepada golongan ini mengikut Pusat Bertauliah yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) 

Kebanyakan masyarakat hari ini keliru dengan Program Sijil Kemahiran Malaysia dengan program yang ditawarkan oleh kolej-kolej swasta yang ada di Malaysia. Program Sijil Kemahiran Malaysia ini adalah mengikut NOSS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan bukanlah pihak kolej yang menentukan modul yang akan dipelajari. Jabatan Pembangunan Kemahiran yang menyediakan NOSS @ Modul pembelajaran kepada pelajar pelajar. 

Di Malaysia, sebanyak 414 Pusat Bertauliah yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi menjalankan program ini dan kebanyakan Pusat Betauliah ini dijalankan di rumah rumah kedai sama seperti kolej komuniti yang ada di negara kita. Jangan berasa janggal !! Pelajar hanya belajar di Pusat Bertauliah dan Sijil mereka akan dikeluarkan Kemeenterian Sumber Manusia. 

Kelebihan belajar di bawah SKM ini adalah. Pelajar akan di beri penempatan bekerja di sektor industri selepas tamat tempoh pelajaran. Mereka akan di latih secara profesional sehingga menjadi tenaga mahir yang boleh bekerja di industri. 

PENTING !!! 

Ramai masyarakat kita memohon kemasukkan anak mereka melalui AGENT AGENT . Tidak salah mengunakan AGENT untuk kemasukkan anak anak untuk belajar di kolej. Tapi perlu berhati hati kerana ada sesetengah AGENT yang menokok tambah ( mark up ) yuran pendaftaran ke kolej. Untuk pengetahuan. Yuran pendaftaran bagi pelajar SKM di kolej @ Pusat Bertauliah adalah kurang daripada RM700 sahaja. Itupun termasuk dengan peralatan asrama dan sebagainya yang perlu disediakan oleh pihak kolej @ Pusat Bertauliah. 

PEMBIAYAAN PELAJARAN !!! 

@ Pelajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) akan di beri bantuan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ( PTPK ) termasuk duit sara diri RM400 sebulan sepanjang pengajian. 

@ Pelajar akan belajar secara sepenuh masa di pusat bertauliah. 


JARIAH 

@ Saya menyarankan kepada masyarakat di Malaysia agar pihatin terhadap apa yang berlaku dengan zaman ini di mana golongan muda di sekolah menengah seawal 15 tahun sudah tidak lagi berminat untuk belajar di dalam bidang akademik. 

@ Masalah gejala sosial yang melampau di kalangan anak anak muda menyebabkan mereka terus ketinggalan pelajaran di bangku sekolah.

@ Membantu meningkatkan taraf pendidikan golongan muda di dalam bidang kemahiran 

@ Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di sektor industri.


PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2015 


KOLEJ MIGHTY SKILL ( Seremban 2 ) 
--- Kimpalan ( kekosongan 50 )
--- Elektrikal  ( kekosongan 50 )

### No 445-447, Jalan Haruan 4/3, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban , Negeri Sembilan.





FIRST CHOICE AUTOMOTIF TRAINING ACADEMY ( Sungai Petani Kedah )
--- Automotif ( kekosongan 15 )
### Jalan Permata 2/2 Pekan Baru Sungai Petani, Kedah Darul Aman.







ASEAN CULINARY ACADEMY ( A.C.A Setia Alam Shah Alam ) 
--- Kulinari ( kekosongan 15 )
--- Pastri  ( kekosongan 20 )
--- Bakeri  ( kekosongan 20 )

### 11-1-2 Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam 40170 Shah Alam , Selangor.






INSTITUT KEMAHIRAN UNI CETE ( Kuala Terengganu )
--- Pembuatan Pakaian Wanita ( Jahitan ) ( kekosongan 20 )
--- Automotif ( kekosongan 15 )

### Kawasan Perindustrian Chedering, Kuala Terengganu, Terengganu.







KHAS KEPADA ANAK ANAK NEGERI SEMBILAN !!!

Kumpulan Akademik Yayasan Negeri Sembilan ( KAYNS ) sedang mengambil Anak Anak Negeri Sembilan yang ketinggalan akademik di sekolah menengah bagi mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia di sana. Pelbagai bidang yang ditawarkan oleh KAYNS kepada bakal pelajar yang mahu membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. 

--- Automotif ( Kenderaan )
--- Elektrikal 
--- Elektronik Industri ( pembuatan )
--- Pelukis Plan Seni Bina 
--- Kulinari 
--- Pastri 
--- Pembuatan Pakaian Wanita ( Jahitan )
--- Juruteknik Kanan Motosikal 

Hanya 2000 pelajar yang merupakan Anak Anak Negeri Sembilan akan di beri tempat dalam bidang yang disediakan oleh KAYNS. 

Pembiayaan pelajaran adalah daripada bantuan pinjaman daripada Yayasan Negeri Sembilan termasuk duit sara diri RM400 sebulan sepanjang pengajian.

Syarat Kemasukkan adalah : -
@ 16 tahun ke atas
@ Minat 
@ Boleh Membaca 
@ Pemohon Mestilah Anak Negeri Sembilan / Salah seorang ibubapa juga merupakan Anak Negeri Sembilan.

### No22 & No 23 Jalan Era Square 3, Era Square , 70200 Seremban, Negeri Sembilan.












KHAS KEPADA ANAK ANAK NEGERI PAHANG !!!

Institut Kemahiran Industri Pahang ( IKIP ) Kuantan sedang mengambil Anak Anak Negeri Pahang yang ketinggalan akademik di sekolah menengah bagi mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia di sana. Pelbagai bidang yang ditawarkan oleh IKIP kepada bakal pelajar yang mahu membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. 

--- Automotif ( Kenderaan )
--- Kulinari 
--- Bakeri 
--- Elektikal
--- Sistem Maklumat
--- Sistem Komputer 
--- Kimpalan 
--- Pembuatan Pakaian Wanita ( Jahitan )

Hanya 500 pelajar yang merupakan Anak Anak Negeri Pahang akan di beri tempat dalam bidang yang disediakan oleh IKIP. 

Pembiayaan pelajaran adalah daripada bantuan pinjaman daripada Yayasan Negeri Pahang termasuk duit sara diri RM400 sebulan sepanjang pengajian.

Syarat Kemasukkan adalah : -
@ 16 tahun ke atas
@ Minat 
@ Boleh Membaca 
@ Pemohon Mestilah Anak Negeri Pahang / Salah seorang ibubapa juga merupakan Anak Negeri Pahang. 

### Jalan Dato Bahaman, Kubang Buaya 25250 Kuantan Pahang.






Berminat ??? 

SMS @ WHATSUP 
-- Nama Penuh
-- Alamat Lengkap
-- No Ic
-- No Tel 
-- Bidang Kemahiran
-- Pusat Bertauliah 

0112 5513700 ( En Ridwan ) 

Klik ----- Program Sijil Kemahiran Malaysia 









Sunday, July 5, 2015

Kolej Mighty Skill ( KMS )

Kolej Mighty Skill adalah salah satu Pusat Bertauliah yang diberi pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) bagi menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) untuk 5 bidang kemahiran. Pemiliknya juga merupakan orang islam dan antara yang dikenali di dalam Negeri Sembilan.

Seramai 2 ribu pelajar telah dilahirkan menjadi tenaga mahir dalam bidang industri. Ramai pelajar daripada seluruh semenanjung dan segelintir daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang menuntut ilmu di sini.

boleh klik laman web  ---> Kolej Mighty Skill

Antara program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan di sini adalah :-
1 - Automotif
2 - Kimpalan
3 - Elektrikal
4 - Pastri
5 - Bakeri


Kebiasaanya di sini, saya lebih mengesyorkan kepada yang berminat menimba ilmu di sini mengambil bidang KIMPALAN kerana peluang untuk bekerja di industri lebih besar dan terjamin. Mereka boleh bekerja di planta minyak atau syarikat yang ada kena mengena dengan Oil and Gas. Bidang Automotif dan Elektrikal juga sebenarnya memang baik kepada semua golongan tetapi peluang untuk bekerja di industri terpaksa bersaing dengan pelajar daripada Institut Kemahiran yang lain. Cuma, pelajar dari 2 bidang itu mampu bersaing sekiranya mereka mampu bekerja sendiri atau membuka syarikat sendiri selepas tamat belajar,

Tetapi sekiranya pelajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia berminat untuk menjadi tenaga pelajar, mereka perlu belajar sehingga sekurang2nya tahap 3 dan 4. Selepas itu mereka perlu mengambil Vocational Training Officer ( VTO ) bagi melayakkan mereka mengajar bidang yang mereka ambil.


Siapa kata pelajar yang ketinggalan akademik tidak mampu bersaing dengan pelajar yang berada di Univesiti atau IPTS yang ada di Malaysia. Pelajar SKM lebih mudah dapat kerja berbanding dengan pelajar lepas akademik tau... Itu kenyataan dan hakikat yang perlu kita terima.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di talian 01125513700. En Wan



Ibubapa Harus Main Peranan Dalam Pendidikan Anak Anak di Usia Muda

Assalamualaikum Wbt

Sejak Disember 2014, saya menceburi bidang pendidikan ( Kemahiran ) dengan mencari kebanyakkan pelajar yang keciciran pelajaran di sekolah menengah mahupun dari golongan muda yang telah di buang sekolah di atas kes kes yang tertentu. saya menceburi bidang ini adalah kerana saya mahu membantu sedikit sebanyak mengalakkan mereka menimba ilmu kemahiran dan sekurang-kurangnya mereka juga mempunyai masa depan yang cerah di masa akan datang.



Bemula tahun 2016, subjek wajib lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah ( SPM ) adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Sekiranya pelajar gagal salah subjek wajib lulus ini mereka tidak akan menerima Sijil SPM dan bertapa sukarnya mereka untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakkan ibubapa menekan anak anak mereka agar meneruskan pelajaran di sekolah untuk mengambil SPM. Ya itu adalah satu keputusan yang baik di mata ibubapa. Tetapi hakikatnya pada hari ini golongan muda yang berusia 15 dan 16 tahun ramai yang sudah tidak berminat untuk belajar. Mereka hanya melakukan rutin harian mereka ke sekolah bagi meneruskan harapan ibubapa tanpa ada hati untuk belajar. Apa yang mereka dapat ? Buang masa dan buang tenaga sahaja... Walaupun ada segelintir ibubapa sudah mengetahui anak mereka tidak boleh membawa akademik di sekolah tetap juga mereka mahu anak mereka ke sekolah dan tidak mencari alternatif lain untuk pendidikan anak mereka. Akhirnya mereka gagal dalam SPM dan tidak layak mendapatkan pengajian di IPTA ataupun IPTS.

Golongan muda ini sebenarnya bukanlah malas belajar di Sekolah Menengah pun. Mungkin disebabkan mereka tidak minat dengan apa yang mereka ceburi. Mungkin mereka tidak berminat dengan bidang akademik tetapi lebih minat kepada bidang kemahiran.

kerajaan Malaysia hari ini banyak memberi peluang kepada golongan muda di dalam pendidikan dan justeru itu, janganlah kita mensia-siakan peluang yang ada di negara kita. Banyak Pusat Bertauliah ( PB ) yang di beri pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) untuk menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Mungkin,
Ibubapa menganggap bila menghantar anak mereka di Pusat Bertauliah ( PB ) perbelanjaan untuk menguruskan anak mereka akan tinggi. Ada juga yang merasa was was untuk menghantar anak mereka untuk belajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia. Ada juga tidak faham program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) ini adalah swasta.

Pencerahan.
Perbezaan antara IPTA dan IPTS ini adalah dari segi fasiliti tempat belajar , IPTA di bawah Kerajaan dan IPTS di bawah syarikat swasta , atau sebagainya... Adakah di IPTA mereka belajar secara percuma dan mempunyai pinjaman daripada MARA ? Tentu sekali tidak. Mereka mengunakan pinjaman pelajaran daripada PTPTN. Di IPTS pula para pelajar boleh memohon pinjaman samada dari MARA atau pun PTPTN mengikut tahap akademik atau bidang yang ditetapkan.

Jadi, tiada beza pun antara IPTA dan IPTS. Cumanya, di IPTA banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar pelajar di sana. Itu sahaja...


Saya sendiri menyertai Program Sijil Kemahiran di Kolej Yayasan Melaka ( KYM ) pada tahun 2008. Saya mengambil bidang Juru Teknik Kanan Motosikal untuk tahap 1 dan tahap 2. Alhamdulillah semasa saya berada di tahap 2, saya di ambil bekerja di Hicom Yamaha Manucfation Shah Alam. Sebenarnya saya sendiri tak minat dengan bidang yang saya ceburi. Saya nak sangat belajar ketika itu hanya kerana ingin bekerja sahaja. Alhamdulillah bila dah lama-lama saya belajar timbul rasa minat sehingga saya di kenali sebagai "Wan Motor"

Motosikal sendiri saya ubahsuai ( hihihi )

Saya bekerja di Hicom Yamaha sebagai QA Lab. 

Semasa zaman saya, begitu sukar untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ( PTPK ) dan tidak pun menerima duit sara diri rm300 ( ketika itu ). Terpaksalah saya bekerja di waktu malam di kedai makan untuk meneruskan pelajaran saya. Alhamdulillah saya berjaya dan saya dapat buktikan di mana pelajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) mampu berjaya seperti orang lain mengikut bidang pilihan kita.

Sebab itulah hari ini saya menjadi perunding kepada pusat bertauliah (PB) untuk mengambil pelajar pelajar yang sudah tidak berminat di dalam akademik untuk belajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) agar mereka juga mampu berjaya seperti orang lain.



Kejayaan saya...

Saya kongsikan gambar kenangan saya sebagai Pembantu Pegawai Hal Ehwal Pegawai Melaka di Mesir ( Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar )





















Klik ---> Program Sijil Kemahiran Malaysia


Peluang Membina Kerjaya Kepada Anak Muda Yang Ketinggalan Akademik

Sek. Men Keb Rantau Negeri Sembilan

Sek. Men Keb. Datuk Mohammad Yusof Linggi Negeri Sembilan

Kepada Anak Anak Negeri Sembilan...

( Kouta Yayasan Negeri Sembilan )
Kumpulan Akademik Yayasan Negeri Sembilan ( KAYNS ) telah membuka peluang kepada golongan muda yang keciciran pelajaran di Sekolah Menengah, bakal di buang sekolah, telah di buang sekolah, lepasan tahfiz yang menganggur dan lepasan SPM yang gagal untuk di beri pendidikan di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) bagi program-program yang seperti di bawah : -
1- Automotif
2- JuruTeknik Kanan Motosikal
3- Elektrikal
4- Elektronik Industri
5- Kulinari
6- Pastri
7- Perhotelan
8- Penyedian Makanan dan Minuman ( F&B )
9- Pelukis Plan Seni Bina

(Kouta PTPK )
Kepada yang bukan di kalangan Anak Anak Negeri Sembilan yang mahu mengikuti kursus di KAYNS ini hanya boleh mengambil dalam bidang :-
1- Elektrikal
2- Elektronik Industri
3- Kulinari
4- Pastri
5- Penyediaan Makanan dan Minuman ( F&B )
6- Perhotelan
Kelebihan belajar di sini antaranya adalah :-
- Asrama dan pengangkutan disediakan oleh pihak KAYNS
- Fasiliti yang mencukupi di kelas mahupun asrama
- Tenaga pengajar yang mahir dan berdedikasi
- Peluang pekerjaan bagi lepasan SKM di KAYNS sangat meluas

Syarat !!
- 16 tahun ke atas
- Minat
- Boleh Membaca
( lepasan PT3 dan SPM yang GAGAL sangat dialu2kan )

Istimewa !!
- Duit Sara Diri Rm400 Sepanjang pengajian
- Asrama dan Pengangkutan disediakan oleh Pusat Bertauliah
- Masa depan terjamin

CALL atau WHATSUP
0112-5513700 En Wan