Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Sunday, July 5, 2015

Ibubapa Harus Main Peranan Dalam Pendidikan Anak Anak di Usia Muda

Assalamualaikum Wbt

Sejak Disember 2014, saya menceburi bidang pendidikan ( Kemahiran ) dengan mencari kebanyakkan pelajar yang keciciran pelajaran di sekolah menengah mahupun dari golongan muda yang telah di buang sekolah di atas kes kes yang tertentu. saya menceburi bidang ini adalah kerana saya mahu membantu sedikit sebanyak mengalakkan mereka menimba ilmu kemahiran dan sekurang-kurangnya mereka juga mempunyai masa depan yang cerah di masa akan datang.



Bemula tahun 2016, subjek wajib lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah ( SPM ) adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Sekiranya pelajar gagal salah subjek wajib lulus ini mereka tidak akan menerima Sijil SPM dan bertapa sukarnya mereka untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakkan ibubapa menekan anak anak mereka agar meneruskan pelajaran di sekolah untuk mengambil SPM. Ya itu adalah satu keputusan yang baik di mata ibubapa. Tetapi hakikatnya pada hari ini golongan muda yang berusia 15 dan 16 tahun ramai yang sudah tidak berminat untuk belajar. Mereka hanya melakukan rutin harian mereka ke sekolah bagi meneruskan harapan ibubapa tanpa ada hati untuk belajar. Apa yang mereka dapat ? Buang masa dan buang tenaga sahaja... Walaupun ada segelintir ibubapa sudah mengetahui anak mereka tidak boleh membawa akademik di sekolah tetap juga mereka mahu anak mereka ke sekolah dan tidak mencari alternatif lain untuk pendidikan anak mereka. Akhirnya mereka gagal dalam SPM dan tidak layak mendapatkan pengajian di IPTA ataupun IPTS.

Golongan muda ini sebenarnya bukanlah malas belajar di Sekolah Menengah pun. Mungkin disebabkan mereka tidak minat dengan apa yang mereka ceburi. Mungkin mereka tidak berminat dengan bidang akademik tetapi lebih minat kepada bidang kemahiran.

kerajaan Malaysia hari ini banyak memberi peluang kepada golongan muda di dalam pendidikan dan justeru itu, janganlah kita mensia-siakan peluang yang ada di negara kita. Banyak Pusat Bertauliah ( PB ) yang di beri pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) untuk menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Mungkin,
Ibubapa menganggap bila menghantar anak mereka di Pusat Bertauliah ( PB ) perbelanjaan untuk menguruskan anak mereka akan tinggi. Ada juga yang merasa was was untuk menghantar anak mereka untuk belajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia. Ada juga tidak faham program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) ini adalah swasta.

Pencerahan.
Perbezaan antara IPTA dan IPTS ini adalah dari segi fasiliti tempat belajar , IPTA di bawah Kerajaan dan IPTS di bawah syarikat swasta , atau sebagainya... Adakah di IPTA mereka belajar secara percuma dan mempunyai pinjaman daripada MARA ? Tentu sekali tidak. Mereka mengunakan pinjaman pelajaran daripada PTPTN. Di IPTS pula para pelajar boleh memohon pinjaman samada dari MARA atau pun PTPTN mengikut tahap akademik atau bidang yang ditetapkan.

Jadi, tiada beza pun antara IPTA dan IPTS. Cumanya, di IPTA banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar pelajar di sana. Itu sahaja...


Saya sendiri menyertai Program Sijil Kemahiran di Kolej Yayasan Melaka ( KYM ) pada tahun 2008. Saya mengambil bidang Juru Teknik Kanan Motosikal untuk tahap 1 dan tahap 2. Alhamdulillah semasa saya berada di tahap 2, saya di ambil bekerja di Hicom Yamaha Manucfation Shah Alam. Sebenarnya saya sendiri tak minat dengan bidang yang saya ceburi. Saya nak sangat belajar ketika itu hanya kerana ingin bekerja sahaja. Alhamdulillah bila dah lama-lama saya belajar timbul rasa minat sehingga saya di kenali sebagai "Wan Motor"

Motosikal sendiri saya ubahsuai ( hihihi )

Saya bekerja di Hicom Yamaha sebagai QA Lab. 

Semasa zaman saya, begitu sukar untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ( PTPK ) dan tidak pun menerima duit sara diri rm300 ( ketika itu ). Terpaksalah saya bekerja di waktu malam di kedai makan untuk meneruskan pelajaran saya. Alhamdulillah saya berjaya dan saya dapat buktikan di mana pelajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) mampu berjaya seperti orang lain mengikut bidang pilihan kita.

Sebab itulah hari ini saya menjadi perunding kepada pusat bertauliah (PB) untuk mengambil pelajar pelajar yang sudah tidak berminat di dalam akademik untuk belajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) agar mereka juga mampu berjaya seperti orang lain.



Kejayaan saya...

Saya kongsikan gambar kenangan saya sebagai Pembantu Pegawai Hal Ehwal Pegawai Melaka di Mesir ( Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar )





















Klik ---> Program Sijil Kemahiran Malaysia


No comments:

Post a Comment