Program Sijil Kemahiran Malaysia
Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.
Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.
Sunday, July 5, 2015
Kolej Mighty Skill ( KMS )
Seramai 2 ribu pelajar telah dilahirkan menjadi tenaga mahir dalam bidang industri. Ramai pelajar daripada seluruh semenanjung dan segelintir daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang menuntut ilmu di sini.
boleh klik laman web ---> Kolej Mighty Skill
Antara program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan di sini adalah :-
1 - Automotif
2 - Kimpalan
3 - Elektrikal
4 - Pastri
5 - Bakeri
Kebiasaanya di sini, saya lebih mengesyorkan kepada yang berminat menimba ilmu di sini mengambil bidang KIMPALAN kerana peluang untuk bekerja di industri lebih besar dan terjamin. Mereka boleh bekerja di planta minyak atau syarikat yang ada kena mengena dengan Oil and Gas. Bidang Automotif dan Elektrikal juga sebenarnya memang baik kepada semua golongan tetapi peluang untuk bekerja di industri terpaksa bersaing dengan pelajar daripada Institut Kemahiran yang lain. Cuma, pelajar dari 2 bidang itu mampu bersaing sekiranya mereka mampu bekerja sendiri atau membuka syarikat sendiri selepas tamat belajar,
Tetapi sekiranya pelajar di bawah Program Sijil Kemahiran Malaysia berminat untuk menjadi tenaga pelajar, mereka perlu belajar sehingga sekurang2nya tahap 3 dan 4. Selepas itu mereka perlu mengambil Vocational Training Officer ( VTO ) bagi melayakkan mereka mengajar bidang yang mereka ambil.
Siapa kata pelajar yang ketinggalan akademik tidak mampu bersaing dengan pelajar yang berada di Univesiti atau IPTS yang ada di Malaysia. Pelajar SKM lebih mudah dapat kerja berbanding dengan pelajar lepas akademik tau... Itu kenyataan dan hakikat yang perlu kita terima.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di talian 01125513700. En Wan
No comments:
Post a Comment