Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Sunday, November 29, 2015

TAHAP PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
  Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Persijilan ini menawarkan lima tahap persijilan, antaranya:-
  •     Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  •  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  •   Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  •  Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  •  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5


PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga kaedah, antaranya:-
  • Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

  1.   .         Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang dan tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

  •       Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

  1.       Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

  •       Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

  1.   .       Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan)tanpa perlu menduduki ujian.
  2.       Calon dikendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
ü   Persijilan Kemahiran Malaysia diiktiraf oleh industri Malaysia.
ü  Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan satu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
ü  Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
            Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui institusi latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah:-
ü  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
ü  Mempunyai tahap SKM yang lebih rendah sekiranya mahu menyertai tahap SKM yang lebih tinggi dalam bidang atau kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka. )


            Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.

PENGENALAN PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Program Sijil Kemahiran Malaysia adalah di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan. Selain daripada itu, ia merupakan satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia 16 tahun sehingga 35 tahun seperti golongan yang dibuang sekolah, lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat sekolah.

            Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah platform yang terbaik kepada golongan remaja muda yang ketinggalan akademik di peringkat sekolah dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan  muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan pada masa akan datang.

            Program Sijil Kemahiran Malaysia ini terbahagi kepada lima kategori pusat bertauliah yang telah diberi pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), antaranya:-
v  Pusat Bertauliah Awam (K)
v  Pusat Bertauliah Swasta (L)
v  Pusat Bertauliah Industri (I)
v  Pusat Bertauliah Persatuan (P)
v  Pusat Uji Tanpa Musnah (NDT)

KATA ALUAN PENGURUS RIDWAN & IZZWAN ENTERPRISE


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

            Menyedari hakikat bahawa Negara Malaysia memerlukan generasi muda yang berkemahiran tinggi, syarikat kami mencuba sedaya upaya untuk mencari golongan muda yang ketinggalan akademik, golongan penganggur muda, golongan asnaf dan miskin bagi menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program ini merupakan satu strategi yang baik bagi menarik golongan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kalangan remaja bagi membangunkan lagi ekonomi Negara yang terbilang sesuai dengan kemajuan semasa dunia.

            Syarikat kami akan memastikan golongan muda yang ketinggalan dalam bidang akademik menyertai program yang membina ini bagi melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi selain daripada dapat meningkatkan lagi sektor ekonomi dan pembangunan bagi kemajuan Negara. Selain daripada itu, syarikat kami akan memastikan golongan muda yang menyertai program ini dapat dilahirkan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memimpin masyarakat serta berupaya menghadapi cabaran globalisasi dunia kini.

            Bagi merealisasikan hasrat ini, syarikat kami telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah kolej dan pusat bertauliah. Selain daripada itu, pusat bertauliah dan kolej yang telah bekerjasama dengan kami juga akan memastikan golongan muda yang ketinggalan akademik ini mampu untuk membina kerjaya dan masa depan mereka melalui bidang kemahiran yang telah disediakan.
            Akhir kata, adalah merupakan harapan kami agar program dan usahasama yang telah dijalankan dengan syarikat kami ini akan melahirkan golongan muda masa kini yang bakal menjadi perintis utama yang berperanan untuk merealisasikan hasrat Negara bagi melahirkan golongan muda yang berkemahiran tinggi.

Sekian, terima kasih.


RIDWAN ABU SAMAH
Konsultan Pemasaran Pusat Bertauliah