Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Sunday, November 29, 2015

KATA ALUAN PENGURUS RIDWAN & IZZWAN ENTERPRISE


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

            Menyedari hakikat bahawa Negara Malaysia memerlukan generasi muda yang berkemahiran tinggi, syarikat kami mencuba sedaya upaya untuk mencari golongan muda yang ketinggalan akademik, golongan penganggur muda, golongan asnaf dan miskin bagi menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program ini merupakan satu strategi yang baik bagi menarik golongan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kalangan remaja bagi membangunkan lagi ekonomi Negara yang terbilang sesuai dengan kemajuan semasa dunia.

            Syarikat kami akan memastikan golongan muda yang ketinggalan dalam bidang akademik menyertai program yang membina ini bagi melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi selain daripada dapat meningkatkan lagi sektor ekonomi dan pembangunan bagi kemajuan Negara. Selain daripada itu, syarikat kami akan memastikan golongan muda yang menyertai program ini dapat dilahirkan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memimpin masyarakat serta berupaya menghadapi cabaran globalisasi dunia kini.

            Bagi merealisasikan hasrat ini, syarikat kami telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah kolej dan pusat bertauliah. Selain daripada itu, pusat bertauliah dan kolej yang telah bekerjasama dengan kami juga akan memastikan golongan muda yang ketinggalan akademik ini mampu untuk membina kerjaya dan masa depan mereka melalui bidang kemahiran yang telah disediakan.
            Akhir kata, adalah merupakan harapan kami agar program dan usahasama yang telah dijalankan dengan syarikat kami ini akan melahirkan golongan muda masa kini yang bakal menjadi perintis utama yang berperanan untuk merealisasikan hasrat Negara bagi melahirkan golongan muda yang berkemahiran tinggi.

Sekian, terima kasih.


RIDWAN ABU SAMAH
Konsultan Pemasaran Pusat Bertauliah

No comments:

Post a Comment