Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Sunday, November 29, 2015

TAHAP PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
  Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Persijilan ini menawarkan lima tahap persijilan, antaranya:-
  •     Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  •  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  •   Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  •  Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  •  Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5


PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga kaedah, antaranya:-
  • Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

  1.   .         Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang dan tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

  •       Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

  1.       Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

  •       Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

  1.   .       Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan)tanpa perlu menduduki ujian.
  2.       Calon dikendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
ü   Persijilan Kemahiran Malaysia diiktiraf oleh industri Malaysia.
ü  Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan satu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
ü  Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.


SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
            Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui institusi latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah:-
ü  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
ü  Mempunyai tahap SKM yang lebih rendah sekiranya mahu menyertai tahap SKM yang lebih tinggi dalam bidang atau kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka. )


            Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.

No comments:

Post a Comment