Program Sijil Kemahiran Malaysia
Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.
Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.
Sunday, February 21, 2016
Taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Institut Kemahiran Uni CETE Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin menempatkan seramai lebih kurang 1560 orang pelajar meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Tingkatan 6. Merupakan sebuah sekolah kawalan untuk program Hoki dan Pasta. Terdapat juga asrama harian untuk pelajar- pelajar yang terpilih.
Turut serta di dalam taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin 2 orang staf dari Institut Kemahiran Uni CETE iaitu seorang staf dari Jahitan dan juga seorang staf Automotif. Beberapa orang pelajar juga turut dibawa dimana 2 orang pelajar mewakili pelajar Jahitan dan 2 orang pelajar mewakili pelajar Automotif. Salah seorang pelajar yang dibawa merupakan seorang bekas pelajar Matrikulasi dalam bidang Sains Tulen dan pernah mendapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik Perniagaan, Pelajar tersebut bernama Siti Aishah Bt Mat Rusdi telah memilih bidang kemahiran didalam pengkhususan Jahitan kerana minat yang mendalam selain daripada tahu bahawa bidang bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia ini mempunyai masa depan yang amat cerah.
(SITI AISHAH BT MAT RUSDI)
Alhamdulillah, taklimat berakhir dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Para pelajar, Staf-staf daripada Institut Kemahiran Uni CETE dan Pelajar-pelajar yang mewakili pelajar Jahitan dan Automotif. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para pelajar dalam menentukan kejayaan masa depan mereka.
Tuesday, February 16, 2016
Pendaftaran Untuk Pengambilan Kedua Bagi Sesi Febuari 2016 Kolej Mighty Skill Seremban 2.
Seramai lebih kurang 30 pelajar yang mendaftarkan diri ini telah dibantu dari segi pengurangan yuran pendaftaran daripada RM800 kepada RM500 sahaja dimana mereka tidak perlu membayar deposit asrama kerana telah diberi jaminan oleh pihak kami kepada pihak pengurusan kolej Mighty Skill dan mereka hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500 sahaja
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Mighty Skill dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran kedua bagi sesi febuari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.
Pendaftaran Untuk Pengambilan Pertama Bagi Sesi Febuari 2016 Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art
Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat kepada En Ridwan sepanjang tempoh permohonan untuk kemasukkan ke Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dibuka untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016.
Kerjasama antara Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art bersama En Ridwan baru sahaja dijalinankan untuk membantu para pelajar yg ketinggalan akademik dalam menentukan masa depan mereka dengan lebih cerah. Hasil perbincangan kerjasama yg dibincangkan, En Ridwan dan pihak Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art telah bersetuju menurunkan kadar yuran pendaftaran daripada kadar yang agak tinggi kepada rm800 sahaja. Hasil perbincangan kerjasama juga, yuran asrama serta pengangkutan juga telah diturunkan seperti yang telah dipersetujui. Selain itu, perkara berkaitan hal ehwal dan kebajikan pelajar juga turut dibincangkan.
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Butter & Olive College Of Baking and Culinary Art dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan pertama bagi sesi Febuari 2016 ini, maka akan bermulalah sesix pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.
Wednesday, January 20, 2016
Pendaftaran Untuk Pemgambilan Kedua Bagi Sesi Januari 2016 Kolej Negeri Chedang Campus
Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat pada pengambilan pertama bagi sesi Januari 2016.
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Negeri Chedang Campus dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan kedua bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.
Kerjasama Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art dengan Program Sijil Kemahiran Malaysia
Antara intipati kerjasama yang telah dipersetujui adalah pengurangan yuran pendaftaran dan juga pengurangan pembayaran asrama setiap bulan dan juga berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan para pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami. Hasil dari perbincangan dan kata muafakat bersama dari perjumpaan yang lepas pihak Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art bersetuju untuk menurunkan kos pendaftaran asal kepada kos pendaftaran yang telah dipersetujui dengan pihak kami bagi pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami sahaja. Hasil dari perbincangan ini jugak pihak Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran bulanan bagi pembayaran asrama.
Antara bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk Pastri, Kulinari dan juga Bakeri. Semoga dengan jalinan kerjasama ini pihak kami dapat membantu anak muda yang ketinggalan akademik untuk jaminan masa depan yang lebih baik.
Program Sijil Kemahiran Malaysia di BERNAMA WEB TV
Jemputan ini diadakan adalah untuk menerangkan apakah itu Program Sijil Kemahiran Malaysia dan hala tuju pelajar yg menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia..
Selain itu, terdapat juga penerangan berkenaan dengan kelebihan kepada mereka yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia serta bermacam lagi yang telah diterangkan yang disamp,aikan oleh Encik Ridwan Abu Samah
Nantikan video Program Sijil Kemahiran Malaysia yang akan di Close Up BERNAMA Web Tv.
Tuesday, January 19, 2016
Pendaftaran Bagi Sesi Januari 2016 Kolej Mighty Skill
Seramai 27 pelajar yang ditaja separuh daripada yuran pendaftaran telah mendaftarkan diri mereka pada hari ini yang mana pelajar ini telah mendapat keistimewaan apabila separuh daripada yuran pendaftaran mereka telah ditaja oleh pihak kami. Yuran pendaftaran pelajar yang memohon dengan pihak kami adalah RM500 dan seramai 27 orang pelajar ini hanya membayar separuh daripada yuran pendaftaran mereka iaitu sebanyak RM250 sahaja.
Manakala seramai 35 pelajar telah dibantu dari segi pengurangan yuran pendaftaran daripada RM800 kepada RM500 sahaja dimana mereka tidak perlu membayar deposit asrama kerana telah diberi jaminan oleh pihak kami kepada pihak pengurusan kolej Mighty Skill dan mereka hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500 sahaja
Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Mighty Skill dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.