Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Tuesday, January 19, 2016

Pendaftaran Bagi Sesi Januari 2016 Kolej Mighty Skill

Kolej Mighty Skill Seremban 2, 19 Januari 2016 - Alhamdulillah, pada tarikh 19 Januari 2016 hari Selasa telah selesailah pendaftaran bagi sesi Januari bagi pengambilan pertama tahun 2016 yang bertempat di Kolej Mighty Skill Seremban 2 dengan kehadiran pemohon yang telah mendaftarkan diri seramai lebih  60 Pelajar yang meliputi 4 bidang yang telah disediakan iaitu Kimpalan, Elektrikal, Automotif dan juga Pastri. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00  petang.

Seramai 27 pelajar yang ditaja separuh daripada yuran pendaftaran telah mendaftarkan diri mereka pada hari ini yang mana pelajar ini telah mendapat keistimewaan apabila separuh daripada yuran pendaftaran mereka telah ditaja oleh pihak kami. Yuran pendaftaran pelajar yang memohon dengan pihak kami adalah RM500 dan seramai 27 orang pelajar ini hanya membayar separuh daripada yuran pendaftaran mereka iaitu sebanyak RM250 sahaja.

Manakala seramai 35 pelajar telah dibantu dari segi pengurangan yuran pendaftaran daripada RM800 kepada RM500 sahaja dimana mereka tidak perlu membayar deposit asrama kerana telah diberi jaminan oleh pihak kami kepada pihak pengurusan kolej Mighty Skill dan mereka hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500 sahaja

Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Mighty Skill dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.





























No comments:

Post a Comment