Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Monday, January 4, 2016

Pendaftaran Bagi Sesi Januari 2016 Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan

Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS), 4 Januari 2016 - Alhamdulillah, pada hari yang penuh keberkatan ini maka telah selesailah pendaftaran bagi sesi Januari 2016 yang bertempat di Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) dengan kehadiran pemohon yang telah mendaftarkan diri seramai 100 Pelajar yang meliputi pelbagai bidang yang telah disediakan antaranya adalah kulinari, pastri, pengurusan pejabat, elektronik industri dan guest servis operator (GSO). Sesi pendaftaran bermula pada jam 8 pagi dan selesai pada jam 4 petang.

Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.









No comments:

Post a Comment