Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Sunday, January 10, 2016

Perbincangan Jalinan Kerjasama Antara Butter & Olive College Of Baking And Culinary Arts

Sabtu, 9 Januari 2016 - Bertempat di Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art di Bandar Puteri Puchong telah diaturkan satu perjumpaan diantara Ketua Pegawai Operasi Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art dengan pihak kami. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan kerjasama yang ingin dijalankan diantara Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art dengan pihak kami.

       Antara intipati perbincangan adalah pengurangan yuran pendaftaran dan juga pengurangan pembayaran asrama setiap bulan dan juga termasuk perbincangan adalah berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan para pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami. Hasil dari perbincangan dan kata muafakat bersama pihak Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art bersetuju untuk menurukan kos pendaftaran asal kepada kos pendaftaran yang telah dipersetujui dengan pihak kami bagi pelajar yang dihantar oleh pihak kami sahaja. Hasil dari perbincangan ini jugak pihak Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran bulanan bagi pembayaran asrama.

      Antara bidang kemahiran yang ditawarkan oleh 
Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk Pastri, Kulinari dan juga Bakeri. Semoga dengan jalinan kerjasama ini pihak kami dapat membantu anak muda yang ketinggalan akademik untuk jaminan masa depan yang lebih baik.















No comments:

Post a Comment