Program Sijil Kemahiran Malaysia
Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.
Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.
Sunday, January 10, 2016
Taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia di Dewan KRT Flat Danau Kota Blok A anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5)
Taklimat ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dikhususkan untuk penduduk dan ibu bapa penjaga di sekitar flat dan juga seluruh kawasan berdekatan dan Selangor. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan mengenai hala tuju masa depan bagi anak-anak mereka yang tidak berkemampuan dalam bidang akademik untuk menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia.
Alhamdulillah, sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dan juga pihak ibu bapa penjaga yang hadir. Dengan berakhirnya sesi taklimat ini pihak kami berharap agar para ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak mereka yang tidak berminat didalam bidang akademik dapat meneruskan lagi sesi pembelajaran meraka didalam bidang kemahiran agar masa depan mereka akan lebih terjamin.
Kami dari R&I Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dan juga pihak ibu bapa penjaga yang telah hadir untuk mendengar sesi taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini. Kepada ibu bapa penjaga ataupun pelajar-pelajar yang telah mendengar taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.
No comments:
Post a Comment