Pada 21/12/2015 lalu saya telah diperkenalkan dengan Datin Umi ( Pemilik Pusat Bertauliah Suria College of Hospitality ) dan kami telah mengadakan pertemuan di pejabat Datin Umi yang beralamat di Tingkat 4, Block A, Kelana Centre Point, No 3 , Jalan SS7/19 Kelana Jaya Selangor. Turut ada di dalam perjumpaan tersebut adalah suami beliau iaitu Datuk Khalil . Perkenalan ini adalah di rancang oleh Pn Haslinda dari Kolej Negeri ( Seremban )
Dalam pertemuan tersebut kami telah berbincang mengenai kerjasama dan cara pengurusan saya menghantar pelajar ke Pusat Bertauliah. Dalam perbincangan ini kita ada berbincang mengenai beberapa perkara iaitu :-
● Bidang Kemahiran yang tersedia ada
● Mengenai Fasiliti Tempat Pembelajaran
● Yuran Pendaftaran
● Kebajikan Pelajar
● Hala tuju selepas habis belajar
● Pembayaran fees kepada kami sebagai konsultan.
Dalam perjumpaan itu, kedua dua pihak bersetuju untuk melakukan kerjasama dan Datin Umi meminta saya berhubung dengan Pengurus Pusat bertauliah di Suria College of Hospitality bagi membuat MoU serta menyediakan penginapan kepada saya untuk 1 malam bagi mendatangi MoU dan meninjau fasiliti tempat pembelajaran. Selepas perjumpaan itu saya terus pulang ke Melaka bagi meneruskan kerja.
Pada minggu lepas, saya mendapat tahu ada 1 NGO juga melakukan MARKETING pelajar di Suria College of Hospitality serta merta saya memberi 1 mesej kepada Datin Umi untuk membatalkan kerjasama dengan mereka. Kerana niat saya tidak mahu bersaing dengan NGO berkenaan. setelah beberapa hari Datin Umi memberi maklum balas kepada saya, bahawa Suria College of Hospitality tiada kerjasama MoU dengan NGO berkenaan dan meminta saya meneruskan kerjasama dan memberi tempoh setahun kepada saya.
Walaupun secara dasarnya saya bersetuju untuk meneruskan kerjasama tetapi saya perlu untuk sign MoU terlebih dahulu... Jika pihak NGO berkenaan mahu untuk melakukan kerjasama dengan pihak berkenaan sila teruskan... Saya sedia sahaja menolak kerjasama dengan mereka. Di bawah ini saya lampirkan BUKTI MESEJ saya dan Datin Umi. Harap bukalah mata lapangkan dada...
No comments:
Post a Comment