Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda seawal usia enam belas (16) tahun ke atas , golongan yang di buang sekolah , lepasan Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ) yang gagal ataupun golongan yang ketinggalan akademik di peringkat persekolahan.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) adalah Platform yang terbaik kepada golongan remaja yang ketinggalan akademik di persekolahan dan ianya adalah tempat yang terbaik untuk golongan ini membina kerjaya di dalam bidang kemahiran. Walaupun tidak mempunyai SPM, golongan muda yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia masih lagi berpotensi untuk bersaing di dalam sektor pekerjaan di masa akan datang.

Wednesday, January 20, 2016

Pendaftaran Untuk Pemgambilan Kedua Bagi Sesi Januari 2016 Kolej Negeri Chedang Campus

Kolej Negeri Chedang Campus, 20 Januari 2016 - Alhamdulillah, selesailah pendaftaran untuk pengambilan kedua bagi sesi Januari bertempat di Kolej Negeri Chedang Campus dengan kehadiran pemohon yang telah mendaftarkan diri seramai lebih kurang 15 Pelajar yang meliputi pelbagai bidang yang telah disediakan antaranya adalah Kulinari, Sistem Komputer, Sistem Maklumat, Elektrikal dan Automotif.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang. Pelajar yang mendaftarkan diri pada hari ini adalah daripada pemohon yang telah memberikan maklumat pada pengambilan pertama bagi sesi Januari 2016.

Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Negeri Chedang Campus dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran untuk pengambilan kedua bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kexpada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.




Kerjasama Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art dengan Program Sijil Kemahiran Malaysia

Selasa, 12 Januari 2016 -Bertempat di Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art di Bandar Puteri Puchong telah dimaterai satu perjanjian kerjasama diantara Ketua Pegawai Operasi Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art dengan pihak Program Sijil Kemahiran Malaysia

Antara intipati kerjasama yang telah dipersetujui adalah pengurangan yuran pendaftaran dan juga pengurangan pembayaran asrama setiap bulan dan juga berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan para pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami. Hasil dari perbincangan dan kata muafakat bersama dari perjumpaan yang lepas pihak Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art bersetuju untuk menurunkan kos pendaftaran asal kepada kos pendaftaran yang telah dipersetujui dengan pihak kami bagi pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami sahaja. Hasil dari perbincangan ini jugak pihak Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran bulanan bagi pembayaran asrama.

Antara bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk Pastri, Kulinari dan juga Bakeri. Semoga dengan jalinan kerjasama ini pihak kami dapat membantu anak muda yang ketinggalan akademik untuk jaminan masa depan yang lebih baik.

Program Sijil Kemahiran Malaysia di BERNAMA WEB TV

Isnin, 18 Januari 2016 - Alhamdulillah pihak kami telah dijemput oleh pihak BERNAMA Web Tv untuk menerangkan apakah itu Program Sijil Kemahiran Malaysia.

Jemputan ini diadakan adalah untuk menerangkan apakah itu Program Sijil Kemahiran Malaysia dan hala tuju pelajar yg menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia..

Selain itu, terdapat juga penerangan berkenaan dengan kelebihan kepada mereka yang menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia serta bermacam lagi yang telah diterangkan yang disamp,aikan oleh Encik Ridwan Abu Samah

Nantikan video Program Sijil Kemahiran Malaysia yang akan di Close Up BERNAMA Web Tv.


Tuesday, January 19, 2016

Pendaftaran Bagi Sesi Januari 2016 Kolej Mighty Skill

Kolej Mighty Skill Seremban 2, 19 Januari 2016 - Alhamdulillah, pada tarikh 19 Januari 2016 hari Selasa telah selesailah pendaftaran bagi sesi Januari bagi pengambilan pertama tahun 2016 yang bertempat di Kolej Mighty Skill Seremban 2 dengan kehadiran pemohon yang telah mendaftarkan diri seramai lebih  60 Pelajar yang meliputi 4 bidang yang telah disediakan iaitu Kimpalan, Elektrikal, Automotif dan juga Pastri. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 5.00  petang.

Seramai 27 pelajar yang ditaja separuh daripada yuran pendaftaran telah mendaftarkan diri mereka pada hari ini yang mana pelajar ini telah mendapat keistimewaan apabila separuh daripada yuran pendaftaran mereka telah ditaja oleh pihak kami. Yuran pendaftaran pelajar yang memohon dengan pihak kami adalah RM500 dan seramai 27 orang pelajar ini hanya membayar separuh daripada yuran pendaftaran mereka iaitu sebanyak RM250 sahaja.

Manakala seramai 35 pelajar telah dibantu dari segi pengurangan yuran pendaftaran daripada RM800 kepada RM500 sahaja dimana mereka tidak perlu membayar deposit asrama kerana telah diberi jaminan oleh pihak kami kepada pihak pengurusan kolej Mighty Skill dan mereka hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500 sahaja

Alhamdulillah, sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Kolej Mighty Skill dan juga pihak ibu bapa pelajar. Dengan berakhirnya sesi pendaftaran bagi sesi Januari 2016 ini, maka akan bermulalah sesi pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

Kami dari R&I Enterprise mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri mereka di dalam Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.





























Sunday, January 10, 2016

Perbincangan Jalinan Kerjasama Antara Butter & Olive College Of Baking And Culinary Arts

Sabtu, 9 Januari 2016 - Bertempat di Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art di Bandar Puteri Puchong telah diaturkan satu perjumpaan diantara Ketua Pegawai Operasi Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art dengan pihak kami. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan kerjasama yang ingin dijalankan diantara Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art dengan pihak kami.

       Antara intipati perbincangan adalah pengurangan yuran pendaftaran dan juga pengurangan pembayaran asrama setiap bulan dan juga termasuk perbincangan adalah berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan para pelajar yang akan dihantar oleh pihak kami. Hasil dari perbincangan dan kata muafakat bersama pihak Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art bersetuju untuk menurukan kos pendaftaran asal kepada kos pendaftaran yang telah dipersetujui dengan pihak kami bagi pelajar yang dihantar oleh pihak kami sahaja. Hasil dari perbincangan ini jugak pihak Butter & Olive College Og Baking And Culinary Art juga bersetuju untuk mengurangkan bayaran bulanan bagi pembayaran asrama.

      Antara bidang kemahiran yang ditawarkan oleh 
Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk Pastri, Kulinari dan juga Bakeri. Semoga dengan jalinan kerjasama ini pihak kami dapat membantu anak muda yang ketinggalan akademik untuk jaminan masa depan yang lebih baik.















Taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia di Dewan KRT Flat Danau Kota Blok A anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5)

Danau Kota, 7 Januari 2016 - Di atas jemputan daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) kami telah mengadakan taklimat bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Dewan KRT Flat Danau Kota Blok A pada jam 11.00 pagi, 7 Januari 2016. 

Taklimat ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dikhususkan untuk penduduk dan ibu bapa penjaga di sekitar flat dan juga seluruh kawasan berdekatan dan Selangor. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan mengenai hala tuju masa depan bagi anak-anak mereka yang tidak berkemampuan dalam bidang akademik untuk menyertai Program Sijil Kemahiran Malaysia. 

Alhamdulillah, sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dan juga pihak ibu bapa penjaga yang hadir. Dengan berakhirnya sesi taklimat ini pihak kami berharap agar para ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak mereka yang tidak berminat didalam bidang akademik dapat meneruskan lagi sesi pembelajaran meraka didalam bidang kemahiran agar masa depan mereka akan lebih terjamin.

Kami dari R&I Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP SUB ZON 5) dan juga pihak ibu bapa penjaga yang telah hadir untuk mendengar sesi taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini. Kepada ibu bapa penjaga ataupun pelajar-pelajar yang telah mendengar taklimat Program Sijil Kemahiran Malaysia ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah boleh terus menghubungi pihak kami untuk tindakan yang selanjutnya.